Apakah asid folik?
Asid folik adalah salah
satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat
dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak
daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Mengapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada
kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina
bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi
saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan
kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama
kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan
pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid
setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari
minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik.
Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak
akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.
Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari
sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan
mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda
makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah
mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai
risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan
kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos
asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan
tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda
mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana
ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi
anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh
anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
•bayam, 1 cawan;
•kacang bendi, setengah cawan;
•asparagus, setengah cawan;
•lentil, setengah cawan;
•hati, 1 keping;
•11 batang taugeh brussels;
•kacang mata hitam, 4 sudu makan;
•emping bran, 7 sudu makan;
•germa gandum, 25g / 1 aun;
•betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
•brokoli kukus, 2 pucuk;
•buah oren saiz besar;
•nasi putih, setengah cawan;
•oat, setengah cawan;
•kacang merah, setengah cawan;
•jagung saiz besar, 1;
•biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar,
ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah
bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi
masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan
sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar
gelombang mikro ataupun mentah.
Credit by:www.kedaiterbaik.com


Tiada ulasan:
Catat Ulasan