Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh
membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angi dalam perut.
Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan
kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan
manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan
juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam
keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh
digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.
Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin
boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang
digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia
adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit
serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi
nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1
inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga
kesihatan kita.
Salah satu kuasa penawar alami kunyit ialah kandungan tinggi
antioksiden, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid
(carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin
dan kompaun curcuminoids. Oleh sebab curcumin ialah antioksiden yang mujarab,
ia membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri, dinamakan
atherosclerosis, antara penyebab utama serangan jantung.
Kunyit mengurangkan paras kolesterol darah dengan
menstimulasikan pengeluaran ‘bile’. Ia juga menghalang pembentukan ketulan
darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Kunyit juga membantu jantung
dengan cara menghalang platelete , iaitu sel-struktur kecil dalam darah,
daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood
clots).
Cara pengambilan:
1. suplemen curcumin boleh dibeli di farmasi
2. gunakan kunyit dalam masakan harian
3. ambil kunyit sebesar ibu jari. Kupaskan kulitnya dan
dicuci hingga bersih. kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan
airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh
lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang.
InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi
Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap
bahagiannya mempunyai peranan
tersendiri. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi
buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi
masyarakat India, kunyit dijadikan bahan
utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi
pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan
tradisional.
Setiap masyarakat
mempunyai kepercayaannya tersendiri mengenai khasiat kunyit dalam kehidupan
seharian. Peranan kunyit dalam perubatan telah dikenal pasti sejak 3000 tahun
lalu.
Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu
terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci
darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran
darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit
digunakan untuk merawat bisa patukan
ular tedung.
Dalam ilmu perubatan
Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal
dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik
untuk mewarnakan kulit.
Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan
pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati,
membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan
dan non steroidal.






