Khamis, 22 Ogos 2013

HUKUM MENJILAT KEMALUAN


Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

 Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

air mani

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan

fikir

Jumaat, 16 Ogos 2013

Urutan Zakar Tenaga Batin

Mula-mula sekali anda tarik nafas melalui hidung ke dalam kerongkong dan kemudian cuba anda menelan udara tersebut dan dorongkan ia turun ke dalam dada. Selepas itu anda akan merasakan udara tersebut memberikan sesuatu kekuatan tenaga dalaman di dalam tubuh anda. Kemudian anda cuba bayangkan seperti bola yang digulingkan ke bawah di bahagian depan tubuh di bawah otot perut. Ketika ini udara di dalam perut anda akan mencapai bahagian paling bawah yang kemudian mendorong udara masuk ke dalam zakar anda.
1
Latihan ini adalah untuk memperbesarkan saiz zakar anda. Ketika anda mengarahkan udara masuk ke dalam zakar anda gunakan tiga jari tengah tangan kiri untuk menekankan kuasa dalam di tengah bahagian zakar anda dan buah zakar. Tekanan ini mencegah udara mengalir kembali ke dalam tubuh. Kekuatan ini akan tersimpan di bahagian zakar anda. Lakukan pernafasan yang normal sambil menempatkan jari kiri pada titik …… Pada saat ini mulakan urutan pada zakar. Tarik ke depan dan belakang, regangkan dengan gerakan lembut yang teratur sebanyak 36 kali. Kemudian gunakan ibu jari untuk menggosok kepala zakar. Ini akan membangkitkan zakar anda, jika anda belum biasa dengan urutan seperti ini, ditambahkan lagi dengan hayunan onani sehingga batang zakar anda menjadi stim atau keras.
2
Selepas itu, tangan kanan anda melingkari bahagian bawah zakar (seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah). Lingkar ia dengan kuat-kuat dan pegang ia dengan erat sekali. Kemudian tangan kiri diluncurkan ke bahagian depan sekitar satu inci. Dengan cara ini tenaga dalaman udara akan terkunci di dalam zakar itu sendiri dan mendorong tenaga tersebut ke hujung kepala zakar. Anda akan merasakan tekanan mendorong udara ke bahagian depan ke arah kepala zakar dan pertahankan keadaan begitu tetapi jangan memaksanya terlalu kuat. Lalu zakar ditarik ke kanan dan putarkan 36 kali se arah jarum jam atau sebaliknya. Latihan ini amat berguna untuk memperkuatkan ginjal anda.
Akhir sekali, pukul secara lembut zakar anda yang sedang stim sebanyak 36 kali ke paha bahagian dalam. Sambil itu, anda menahan dorongan udara yang terkunci. Lakukan ke arah kiri, kemudian ke arah kanan. Setelah itu, rendam zakar anda yang hangat ke dalam air suam (kurang panas) selama 1 minit. Ini akan membantu zakar anda menyerap tenaga panas dan mengembangkannya. Jika anda melakukan senaman ini, zakar anda akan menghasilkan pertambahan sebanyak 1 inci selama 1 bulan atau 2 bulan pertama anda melakukannya. Ini semua bergantung pada struktur tubuh masing-masing. Senaman Seks Untuk Menahan Pancutan Senaman untuk melambatkan pancutan air mani anda. Untuk anda bermain lebih lama lagi. Senaman melambatkan/penguncian/penahan sperma untuk sementara waktu. Senaman ini akan berguna jika anda melakukan hubungan seks dan pada akhir permainan yang menyebabkan zakar anda terpancut air mani kerana rangsangan yang diterima oleh zakar. Cara pertama yang paling sering digunakan adalah menekan di saluran di bawah kepala zakar (lihat gambar di bawah).

urut 4
Dan cara kedua adalah menahan dengan genggaman tangan. Jadi, seluruh batang zakar anda perlu digenggam secara kuat oleh empat jari anda sambil ibu jari tangan anda menutup lubang zakar sehingga anda dapat mengawal pancutan sperma.(gambar bawah).


urut 5
Cara yang ketiga adalah menekan pada saluran zakar anda di bahagian bawah dekat dengan buah zakar, kemudian anda akan merasakan senang dengan aktiviti seks anda atau senang melakukan onani/masturbasi.

urut 6
Anda boleh memilih mana satu cara yang sesuai dan seronok untuk anda lakukan ketika melakukan persetubuhan atau onani/masturbasi/melancap. Itu adalah pilihan anda. Pilihan yang betul adalah pilihan bijak.

SMILE

TERIMA KASIH MENGUJUNGI BLOG SAYA .......
0178588455 IZHAN

Khamis, 15 Ogos 2013

ASID FOLIK

Apakah asid folik?
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
•bayam, 1 cawan;
•kacang bendi, setengah cawan;
•asparagus, setengah cawan;
•lentil, setengah cawan;
•hati, 1 keping;
•11 batang taugeh brussels;
•kacang mata hitam, 4 sudu makan;
•emping bran, 7 sudu makan;
•germa gandum, 25g / 1 aun;
•betik sederhana besar.






Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
•brokoli kukus, 2 pucuk;
•buah oren saiz besar;
•nasi putih, setengah cawan;
•oat, setengah cawan;
•kacang merah, setengah cawan;
•jagung saiz besar, 1;
•biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

Credit by:www.kedaiterbaik.com

Selasa, 13 Ogos 2013

Melancap Punca Mati Pucuk

matipucuk2
Ramai lelaki di negara ini berdepan risiko mati pucuk pada usia muda disebabkan menghadapi masalah batin kronik angkara perbuatan sendiri.

Ia berpunca daripada sikap ketagih melakukan onani, kerap menonton video lucah dan gemar mengunjungi pusat urut batin tidak bertauliah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan ‘ekstra’.
Lebih membimbangkan, perbuatan mereka sebelum berkahwin itu memberi kesan apabila mendirikan rumah tangga, malah ada kes dilaporkan berlakunya perceraian pada malam pertama perkahwinan.

Akibat tidak mampu memuaskan nafsu isteri, ada yang terpaksa bergantung kepada alat bantuan seks dan video lucah ketika melakukan hubungan kelamin dan lebih parah, ada yang sanggup membenarkan rakan memuaskan nafsu isterinya sambil dia menyaksikannya.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby, berkata dia menerima sekurang-kurangnya 20 pesakit, 40 khidmat pesanan ringkas (SMS) dan lebih 120 panggilan telefon setiap bulan daripada lelaki yang berdepan masalah membabitkan lemah syahwat.

Menurutnya, lelaki bermasalah itu bukan saja golongan berkahwin tapi ramai juga yang bujang, termasuk yang membuat persiapan untuk berkahwin dalam masa terdekat.
“Ramai lelaki mengalami lemah syahwat akibat terlalu lama bergelumang dengan seks bebas. Ini menyebabkan mereka tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik pada malam pertama, biarpun berasakan diri penuh pengalaman.

“Ini kerana ‘seruan malam pertama’ berlainan. Jika gagal melakukan penetrasi, tidak mustahil mereka kecundang dalam cubaan seterusnya,” katanya.

Dr Ismail berkata, di kalangan lelaki yang sudah lama berkahwin pula, ada yang memendam masalah lemah tenaga batin yang mereka alami untuk tempoh terlalu lama sehingga merosakkan rumah tangga masing-masing.

“Ia perkara serius tetapi biasanya individu yang berdepan masalah terbabit sanggup datang selepas lama ‘menderita’, menyebabkan masa berharga terbuang begitu saja,” katanya.
Bagi pengamal perubatan tradisional, Ummul Khanna Mohd Nor, 63, atau lebih dikenali sebagai Bonda, secara purata dia dikunjungi hampir 40 lelaki setiap bulan, yang hampir semuanya mengadu mengalami masalah lemah tenaga batin.

Dia yang berpengalaman 36 tahun dalam bidang urutan tenaga batin berkata, biarpun dia turut berkepakaran memberi rawatan kepada wanita yang menghadapi masalah seksual, sebahagian besar yang mengunjunginya adalah lelaki.
mati-Pucuk

“Rumusan saya, ramai lelaki hari ini terbabit dengan aktiviti seksual sejak remaja. Contoh paling mudah ialah melakukan onani.

“Saya pernah didatangi seorang remaja belasan tahun yang menanggung derita apabila darah keluar dari zakarnya akibat terputus urat saraf. Puncanya, dia mengaku melakukan onani sejak usia lapan tahun.
“Dalam kes lain, seorang remaja berusia 19 tahun mengalami mati pucuk. Apabila saya tanya, dia mengaku melakukan onani sehingga lima atau enam kali sehari sejak usianya akil baligh,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

dia mengkategorikan masalah pesakit kepada empat tahap iaitu pra kritikal yang masih boleh berfungsi tetapi cepat klimaks; kritikal (ada masa boleh berfungsi dan ada ketika tidak); kritikal parah (tidak boleh melakukan hubungan kelamin kerana zakar tiada ereksi) dan mati pucuk.

Sehubungan itu, Bonda menasihatkan remaja supaya memahami kesan buruk akibat memuaskan nafsu sendiri dengan pelbagai cara terlarang.

“Sebenarnya, masyarakat kita kurang ilmu mengenai masalah seksual dan ia sukar dibincangkan kerana malu. Jadi saya berharap remaja mengetahui kesan sampingan akibat perbuatan yang hanya seronok sementara berbanding kesengsaraan berpanjangan,” katanya.

Bonda berkata, pesakit terbarunya ialah lelaki berusia 25 tahun yang bakal mendirikan rumah tangga akhir tahun ini.Katanya, lelaki itu mengalami masalah alat sulitnya lembik. Selepas diselidik, lelaki yang berkerjaya profesional itu mengaku suka melakukan onani di dalam bilik sambil melayari laman web lucah.
“Sebelum ini seorang pemuda dari Kedah gemar mengunjungi pusat urut yang menawarkan seks oral sejak usianya 20 tahun. Akibatnya dia hampir mati pucuk ketika usia 27 tahun,” katanya.

Menurut Bonda, tindakan memuaskan nafsu dengan cara onani, oral seks atau melakukan hubungan songsang sebenarnya mengundang padah dan kesengsaraan berbanding kenikmatan sementara.
“Sebenarnya onani merosakkan urat saraf dan ini banyak saya temui berlaku pada pesakit saya. Apabila melakukan onani, tangan yang kasar menarik kulit atas dan bawah dan ini menyebabkan struktur kulit longgar atau kendur.“Ada kulit pesakit saya hampir menutup kepala zakarnya dan menyebabkan ia tidak boleh menegang dengan baik,” katanya.

Bonda berkata, seks oral dan hubungan songsang juga dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan kuman daripada air liur selain ketagih sehingga menyebabkan dengan cara itu saja seseorang mendapat kepuasan.
“Pada usia remaja, golongan ini seronok melakukan pelbagai cara untuk memuaskan nafsu tetapi selepas berkahwin alat sulitnya gagal berfungsi, malah ada yang baru hendak mula, sudah keluar air mani.
“Banyak juga kes diterima di mana suami tidak mampu memuaskan nafsu isteri, malah ada yang tergamak menggunakan khidmat rakan untuk memuaskan isterinya sambil dia jadi penonton.

“Ada juga suami hanya bergantung kepada video lucah untuk menaikkan nafsunya baru boleh melakukan hubungan kelamin dan lebih parah lagi, ada isteri minta cerai apabila suami cepat klimaks,” katanya.
Menurut Bonda, untuk setiap pesakit yang mendapatkan rawatannya, dia menggunakan lima kaedah sebelum memberi rawatan khusus.

“Rawatan bagi masalah batin yang kronik perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali. Pada kali pertama, saya periksa tekanan darah, prostat dan abdomen sambil menyelami punca masalah.
“Selepas itu saya jalankan rawatan mengurut seluruh badan untuk melancarkan perjalanan darah. Kemudian periksa tekanan darah di kelenjar paha, sama ada stabil atau tidak. Jika ada masalah, saya akan betulkan urat saraf dan akhirnya rawatan khusus,” katanya.

Sumber : Metro Ahad

Ahad, 4 Ogos 2013

Urusan Kehidupan: Wanita! Tolonglah Jaga Diri Anda

Urusan Kehidupan: Wanita! Tolonglah Jaga Diri Anda: orang perempuan yang tahu menangis siang malam. sakit hati, iri hati tengok kebahagiaan orang lain. asyik2 bercakap d...

19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu

MANDI WAJIP



Mandi wajib ini perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya. 

Mandi wajib yang betul perlu tahu bagi setiap umat Islam. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini memberi seribu manfaat kepada anda 

Sebab Perlu Mandi Wajib
Setiap apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Begitu juga dengan mandi wajib ini, mandi wajib bukanlah kena buat selalu tetapi ada sebab yang memaksa kita untuk melakukannya. 
Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
Keluar mani walaupun sedikit.
Mati melainkan mati syahid.
Keluar haid bagi perempuan.
Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
Wiladah atau melahirkan anak. 

Rukun Mandi Wajib 
Terdapat tiga mandi wajib. Cukup tiga rukun ini mandi wajib anda sah 
Niat
Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.











Jenis Niat Mandi Wajib 
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas 
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”. 
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri 
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas 
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.



Sunat Ketika Mandi Wajib 
Sunat adalah perkara yang dituntut. Jika anda melakukannya anda mendapat pahala. Tetapi jika anda tidak melakukannya anda tidak mendapat apa-apa. 
mengadap kiblat
membaca basmalah
membasuh dua tapak tangan
mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib 
Cara mandi wajib ini sepatutnya anda memberi sedikit tumpuan agar akan memudahkan anda untuk faham. Jadi fokus jangan tak fokus.

Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
Niat mesti bersama air mencecah kulit badan. Tidak bolah dahulukan niat tanpa air atau setelah mandi baru berniat. (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

   Lebih Kerap Mandi Lebih Cemerlang 

Wanita! Tolonglah Jaga Diri Anda










orang perempuan yang tahu menangis siang malam.
sakit hati, iri hati tengok kebahagiaan orang lain.
asyik2 bercakap dalam hati...untungnya laki orang tu baik nye. so sweet... tapi muka bini tak boleh bla. macam muka pecah pintu pon ada. bini Plussize tapi husband baik je tak pernah ada problem rumahtangga.

compare lately ni...
isteri bergaji besar. rumah besar kereta besar. nak beli apa semua boleh beli. tak ada masalah kewangan. isteri bergaya. cantik menawan. malangnya hubungan suami isteri dingin, jauh dan tidak sefahaman.
akhirnya..
si suami selingkuh. makan luar dan beristeri lebih dari satu.

malangnya lagi...
kebanyakkan isteri bila suami makan luar. sering menunding jari kearah suami yg tidak setia. hakikat sebenarnya isteri terlupa "APA PERANANNYA"

MALANGNYA LAGI....
dengan kesibukan bekerja badan menjadi letih menyumbang kepada pengeluaran keputihan lagi penat badan tu lagi banyak keputihan keluar.
MALANGNYA LAGI DAN LAGI...
keputihan yang tidak di cegah, menjadikan kemaluan berbau busuk dan meloyakan. menjadikan gatal - gatal dan tidak selesa. dan berjangkit kepada suami ketika melakukan hubungan intim. suami pon mengalami maslah gatal - gatal dan berbisul ataupon berjerawat di kemaluannya.
MALANGNYA LAGI DAN LAGI DAN LAGI....
wanita - wanita ini meminum air batu mengakibatkan peranakkan dan rahim menjadi kembang. menjadikan keadaan faraj lecak berair. mengurangkan rasa cengkaman ketika melakukan hubungan kelamin. membuatkan suami berdayung lebih dan memenatkan jika sering berulang akan menjadikan bosan dan tidak sensasi lagi.
LEBIH PARAH DAN LEBIH MALANG KEADAAN ITU....
Bila bibir faraj ternganga dan laluan rahim longgar kerana sudah melahirkan anak berkali - kali. menjadikan perkara- perkara malang di atas lebih parah dan susah dibendung.
INI SEMUA MENJADIKAN ANDA BERASA RENDAH DIRI DI HADAPAN SUAMI DAN RASA HILANG KEYAKINAN DIRI UNTUK BERMESRA DAN BERCINTA.
Dan lebih menduka citakan kelukaan ini ditambah lagi dengan stress dan bebanan tempat kerja. menjadikan anda BERTAMBAH JAUH DENGAN SUAMI ANDA. aKHIRNYA ANDA CEMBURU, CURIGA, BERTENGKAR, RENGGANG, DINGIN DAN ANDA SUNGGUH MEMBOSANKAN kerana GAGAL MENGHIBUR HATI SUAMI. AKHIRNYA... terbuka luas peluang suami anda merebut kehangatan cinta wanita lain. dimana disitu anda sudah kesepian dan ditinggalkan.

KETIKA ANDA MENYEDARI.....
RAMAI PAKAR KAUNSELING SURUH ANDA MENJAGA BILIK TIDUR.
malangnya wanita...tidak menyedari kegagalan rumahtangga adalah kegagalan ditempat tidur. kegagalan berkomunikasi dan menjalin cinta selepas berkahwin dan melahirkan anak.

MENJAGA CINTA, MENJAGA SUAMI NO.1 JAGALAH KESIHATAN RAHIM ANDA.

RAHIM YANG SEHAT, MUKA AKAN BERSERI DAN BERCAHAYA.
RAHIM YANG SEHAT, BADAN CERGAS BERTENAGA
RAHIM YANG SEHAT, FARAJ CANTIK DAN WANGI
barulah anda fikirkan penampilan anda dengan branded item yang mahal-mahal.

TIADA MAKNANYA LAGI..jika kita berpakaian cantik, berkereta besar, berumah besar, berpangkat tinggi dan duit yang banyak JIKA KITA GAGAL MEMBAHAGIAKAN SUAMI YANG KITA CINTA. JIKA KITA GAGAL MENGEKALKAN AYAH UNTUK ANAK - ANAK KITA. JIKA KITA GAGAL MEMPERSEMBAHKAN DIRI YANG TERBAIK UNTUK SUAMI KITA.

jika belom berlaku. jagalah dari sekarang. jika sudah berlaku cepat2 lah kita ubati.

JANGAN NANTI MALAM2 BERKETUK PINTU RUMAH BIDAN. AJAK KAWAN SATU OPIS PEGI JUMPA BOMOH " mau bikin suami balik kepangkuan" rupa2nya bukan bomoh. tapi bidan kampung. bagi ubat jamu dan tips. akhirnya naseb baik BOLEH BIKIN JADI WANITA TERHEBAT. AKHIRNYA SUAMI BALIK KEPANGKUAN ISTERI DAN ANAK2.

KALAU CINTA SELINGKUH SUAMI " BARANG BAIK" MEMANG MENANGISLAH KAMU lagi-lagi minah indon org gaji yang tak ada gigi. lagi hati renyuk. tapi nak buat macam mana "muka buruk barang sedap" abang pon sayang.

renung - renungkan. fikir - fikirkan. Jaga - jaga....

bersyukurlah dengan suami yang kita ada. tinggal jaga baik - baik dan memberikan yang terbaik setiap masa.
- kerana isteri yang mampu menyenangkan hati suami adalah PENAWAR DALAM RUMAHTANGGA
- suami yang senang hati, rumahtangga terjaga dan anak - anak terbela.
insyaallah...

*** rakan - rakan jadilah isteri dan bidadari dirumah suami kamu...kerana rumahku, syurgaku ♥♥